Apa maksud UAWC CAAM apabila anda mengupah dron
Anda tidak perlu jadi pakar penerbangan, tetapi beberapa soalan boleh melindungi anda.

Ringkasnya
CAD 6011 Part (II) menyatakan aktiviti pertanian UAS memerlukan sijil sah daripada CAAM. Juruterbang untuk kerja pertanian komersial memerlukan RCoC-B dengan Modul 2 (AGR), menurut CAC 01/2025.
Soalan yang wajar ditanya
- Boleh saya lihat UAWC semasa dan RCoC juruterbang?
- Adakah produk itu berdaftar dan disyorkan untuk UAS?
- Insurans apa yang melindungi kerosakan kepada jiran?
- Adakah saya akan terima rekod semburan bertulis?